PENGENALAN

Assalamualaikum & salam sejahtera.

JAWATANKUASA PERWAKILAN MAHASISWA (JPM) UniKL MICET merupakan satu organisasi kolektif bersama menyumbang bakti ke arah melahirkan warga UniKL MICET yang seimbang dan harmonis dari segi intelektual, rohani, emosi dan jasmani serta memberi sumbangan kepada masyarakat sejajar dengan fitrah insani untuk membentuk generasi yang berwawasan.

Kami berbangga dan menghargai semua siswa/i diatas keyakinan anda memilih kami menjadi wakil anda. Kami semua telah bersedia untuk menjalankan amanah yang telah diberikan kepada kami dengan menyeluruh dari segi menjalankan aktiviti, menyelesaikan isu-isu berbangkit dan juga meningkatkan kualiti khidmat kami.

Sekian wassalam dan terima kasih.

MISI

Misi JPM UniKL MICET adalah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa dalam memberi sokongan, peluang dan juga khidmat sebagai wakil siswa/i UniKL MICET.

VISI

Menjadi wakil siswa/i dengan membangunkan siswa/i secara positif dan disamping itu menyedarkan siswa/i serta merealisasikan idea modal insan di UniKL MICET.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.